Nappies by The Manja Company Trial Pack (S,M,L,XL)

RM3.00

Nappies by The Manja Company Trial Pack 
Berminat mencuba lampin kami sebelum membeli pek besar? Tiada masalah! Pek sampel kami memang sesuai. Lembut bagai awan dan kuat menyerap. Setiap pek sampel mengandungi 3 keping lampin (saiz sama).

Ciri-ciri:
Lembut bagai awan: Lampin The Manja Company dibuat daripada bahan “bukan-tenunan” berkualiti tinggi yang dibekalkan oleh syarikat negara Denmark.

Kuat menyerap: Reka bentuk teras penyerapan 3-dimensi berpaten antarabangsa dan lapisan “penyerapan-pengedaran” berfungsi membolehkan air kencing disimpan di sepanjang lampin, bukan hanya sekadar di sekitar kawasan yang disimbah air kencing.

Bahan-bahan berkualiti tinggi: Lampin The Manja Company dibuat daripada pulpa dari hutan lestari negara Amerika Syarikat dan SAP (Polimer Penyerap Super) berkualiti unggul daripada pembekal negara Jepun.

Muat dengan selesa dan erat: Bahagian pinggang elastik demi keselesaan bayi. Pita cangkuk velcro boleh dilekat berkali-kali sehingga lampin memeluk pinggang bayi dengan sempurna.

Melegakan kerisauan ibu bapa: Lapisan lampin boleh bernafas 100%. Leakguard di sisi mengelakkan kebocoran.

SKU: CA_00001 Categories: ,

Description

The Manja Company ialah sebuah perusahaan sosial dengan misi mengurangkan beban kos sara hidup rakyat Malaysia. Kami menjual barang keperluan seharian berjenama sendiri dengan kualiti sama seperti jenama besar tapi pada harga lebih mampu milik. Produk ikonik kami ialah lampin bayi pakai buang “Nappies by The Manja Company”.

Additional information

Size

Small, Medium, Large, X-Large